Selamat Datang Para Pembaca, mari berbagi Ilmu

Tuesday 18 June 2013

CIRI BOTANI BAWANG MERAH


Bawang merah

Kingdom:
Division:
Class:
Order:
Family:
Genus:
Species:
A. cepa
Allium cepa var. aggregatum

Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.
Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin.
Isi kandungan
Sejarah
Ciri botani

Potongan tegak bawang merah.
Herba kecil setinggi 30-45 cm. Akar serabut. Daun tunggal, susunan berpilin, panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau muda, permukaan berkulat, mempunyai aroma yang kuat. Bunga majmuk, putih, terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang, tumbuh di hujung daun. Buah atau biji-biji kecil. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis, diameter kurang dari 3 cm.
Penanaman
Bawang merah boleh ditanam pada tempat beriklim panas seperti iklim tropika dan subtropika. Tanah yang sesuai untuk bawang merah adalah tanah yang tak menakung air. Bawang boleh ditanam melalui biji benih dan juga bebawang. Bawang merah memerlukan siraman air hanya dua kali sehari, iaitu di waktu pagi sekali dan petang kemudiannya. Penggunaan kompos untuk awal penanaman adalah amat digalakkan. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan baja NPK Hijau (15:15:15).
Terdapat 3 jenis bawang yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti dari Siam, Indonesia dan India. Bawang jenis dari China kurang sesuai ditanam di Malaysia kerana iklim yabg berbeza dan harganya pun mahal. Tanah yang sesuai untuk bawang merah mestilah mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 - 7.0 dan tidak boleh di tenggelami air. Penanaman bawang mesti dibuat di atas batas berukuran 4-10 inci (12-30 cm) tinggi dan lebar 36-48 inci (1.1-1.4 m) lebar serta panjang ikut kesesuaian. Dibubuh baja asas organik dan sebaiknya sungkupan jerami padi kering digunakan. Tanpa sungkupan, benih yang baru ditanam akan rosak akibat hujan dan hakisan terutama tanah bris di Mersing.
Benih bebawang segar di pasaran digunakan (jenis India dan Indonesia) dengan sebakul buluh (lingkungan 8-10 kg). Asingkan umbisi bawang dari rumpun dan potong bahagian atas sedikit untuk mempercepatkaan pertumbuhan semasa penanaman. Kalau tidak dipotong bahagian atas lewat pertumbuhan antara 3-5 hari. Keperluan benih antara 1,200 -1,500 kg/ ha. Biji bawang di celup dalam racun cendawan dan racun kulat sebelum ditanam dengan jarak 13 cm x 13 cm (5 inci x 5 inci) dengan 2/3 dalam tanah. Penyiraman dijalankan sekali sehari dan jangan biarkan terlalu basah atau terendam sebab bawang akan reput.
Penuaian
Penuaian boleh dilakukan apabila semua daun bawang merah telah rebah iaitu sekitar 6 hingga 8 minggu selepas penanaman. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.
Pokok bawang matang dan boleh dituai selepas 75 - 90 hari ditanam iaitu apabila daun bawang telah mulai kering dan rebah. Rumpun bawang yang dituai diikat dan dikeringkan dibawah sistem pengudaraan yang baik. Bawang ini tahan disimpan dan boleh digunakan semula untuk dijadikan benih tanaman dan sebahagian boleh dijual. Kajian di Malaysia mendapati sebiji bawang akan membiak sebanyak antara 15 - 25 biji bebawang serumpun walaupun kajian mendapati di India mencapai 40 -60 biji/rumpun.
Penyakit
Perosak
Serangan ulat ratus (Spodoptera litura) ada tetapi kurang serius. Penyakit utama bawang ialah hawar daun atau tompok dan kawalan dengan Mancozeb boleh dijalankan. Penyakit lain ialah reput bawang akibat terendam atau serangan kulat. Serangan penyakit tompok ungu (Altenaria porri) boleh dikawal dengan racun kulat. Penyakit pucuk putih (White tips) boleh menyebabkan daun jadi kering dan hasil sangat kurang.
Khasiat
Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.[perlu rujukan]
Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.
Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

No comments:

Post a Comment